Hari ini hari Isnin, dan hari cuti.. Jadi aku tak payah pergi hospital. Alhamdulillah ada juga masa untuk rehat-rehat sesambil buat kerja bodoh. Hoho..
Jumaat ini ada exam plak. Aku memang tak bersedia. Sibuk la dalam posting O&G nih. Abih hidup aku jadi kelam kabut. Makan ntah ke mana, solat pon ntah ke mana. Balik rumah je, terus tidur. Penat!! Tapi compare to last year, aku rasa aku lebih confident untuk buat VE & delivery. InsyaAllah aku boleh conduct delivery tu sorang-sorang. Aku yakin lah.. :)
Starting next week, aku akan bercuti selama enam minggu.. lepas itu buat elektif pulak selama enam minggu. Bercuti la aku daripada menulis blog ni selama 3 bulan kalau aku tak pergi cyber cafe. huhuhuhu..
Sebelum balik rumah, aku akan ke Korea dulu. Melawat-lawat negara orang. Sekarang heboh pasal H1N1, ayah pon macam berat nak lepaskan aku ke sana. Korang doa-doakan la aku tak tersangkut H1N1 kat mana-mana semasa perjalanan aku nanti.
Seperti biasa, hari ini keluar makan bersama my lunch-buddies - yus and kin. Destinasi kami kali ni di restoran jepun, Kimsahi. Marisa tidak ikut sekali kerana dia sedang menunggu bas untuk pulang ke Kuantan.
Ini la antara orang-orang yang selalu keluar lunch dengan aku. Kadang-kadang ada la seorang dua yang tiada, kadang-kadang ada orang lain yang ikut makan sekali. Tapi selalunya kami berempat ni makan pada waktu yang sama di tempat yang sama lah.
Tahun lepas kami dalam satu study group yang sama, sekarang hanya menjadi lunch-buddies. Maklum la masing-masing berada dalam posting yang berbeza, jadi jadual masing-masing tak sama. Wad pun lain-lain. Waktu makan tengahari sahaja-lah waktu untuk kami berkumpul dan catch up antara satu sama lain.
Di Kimsahi, semua orang memesan Torikage bentou (atas cadangan yus) sebagai hidangan utama dan gyoza (seperi yang direcommend oleh kin) sebagai side dish. Macam biasa, semua tisu-tisu dan lain lain side dishes yang restoran tu tawarkan (dan perlu dibayar) kami tolak dan untuk minuman pula, kami memilih Ocha. Ocha tu free, sebab tu kami ambil Ocha. (memang geng-geng yang save bajet la) :D
Sesambil makan tu borak borak la pasal macam-macam. Tengah rancak-rancak borak tu, tetiba kin cerita yang dia dengar aku dulu sangat-sangat pemalu sampai aku lari dari hospital bila kawan-kawan aku datang melawat. Aku pun cam pelik la kan pasal dari mana la kin dengar cerita tu. Aku memang tak ingat langsung la yang peristiwa ni pernah berlaku kat aku. Selidik punya selidik... Korek punya korek... aku dapat tahu yang sharul (kawan sekolah rendah aku) cerita kat Marisa waktu dia datang interview kat Johor Bahru dulu. Cet!
Masa aku darjah enam dahulu, aku pernah kena langgar dengan motor. Tapi aku rasa it is totally my fault la. Bukan salah penunggang motosikal tu.
Hari tu aku bangun lewat. Jadi agak kalut jugak la nak pi sekolah. Tambah mengalutkan keadaan, aku ambil order dari kawan-kawan aku pada hari sebelumnya untuk belikan roti canai. Waktu tu aku memang layan beli roti canai kat kedai tepi workshop kereta tu buat bekal untuk makan waktu rehat.
Jadi, sebab dah ambil order, walaupun dah lewat, aku belikan juga lah roti canai untuk kawan-kawan aku. Aku kan skema. AKu memang dah kalut gila la masa tunggu roti canai tu siap. Bila aku punya order dah siap, aku nak menyeberangi jalan raya untuk sekolah aku. Waktu nak memintas jalan tu, aku lupa nak tengok kiri kanan. Aku dengar ada orang menjerit kemudian aku nampak kegelapan je.
Sebelum sampai hospital tu, aku sedar masa kereta yang membawa aku berhenti kat pintu pagar belakang masuk sekolah aku. Polis rupanya yang memandu kereta tu. Waktu tu dia berhenti sebab nak hantar anak dia ke sekolah. Aku pun dengan blur-blur cuba keluar dari kereta, sesambil bermonolog sendiri dalam hati, mengejek polis ni pasal nak suruh aku ke sekolah juga walaupun baju berlumuran darah. Sebelum sempat aku buka pintu tu, pakcik tu suruh aku baring balik sebab dia nak bawak aku ke hospital.
Cerita dari Sharul pulak (yang disampaikan kepada Marisa kemudian dikhabarkan kepada Kin), waktu kawan-kawan aku datang melawat aku pada petangnya, aku lari dari wad. Pemahaman Sharul aku ni sangat pemalu sampai tak mau kawan-kawan aku tengok aku kat wad. Dia kata aku siap pack-pack barang lagi masa tu. Aku tak ingat pun peristiwa ni berlaku. Mungkin amnesia sebab kemalangan tu kot. =p Mungkin jugak pasal roti canai yang aku beli tu tak sampai kat kawan-kawan aku. Sebab tu aku malu dan nak lari kot.
Apa pun aku memang tak tau / tak ingat kenapa aku cuba lari waktu kawan-kawan aku datang melawat. Yang aku tahu aku penah kemalangan waktu aku darjah enam dan aku sangat-sangat pemalu dari dulu sampai sekarang...
oh. mintak maaf atas entry sengal semalam. Nyata entry tu telah membuang masa tuan-tuan dan puan-puan. Jutaan kemaafan saya pohon atas keterlanjuran saya.
Sekarang 12.33 pm. Di manakah saya? bukan di hospital, tapi di rumah saya. Alamak! sudah terponteng plak ward round hari ini. Persoalannya... kenapa kah semua ini berlaku? hmm.. Pelbagai alasan boleh diberikan, tapi tau tau la satu perkataan yang gemar saya perkatakan (sebagai alasan) yang kemudiannya akan dibalas oleh pendengar-pendengar-nya dengan perkataan "tipulah. ko rajin giler che mie.." Iya. tepat sekali. Perkataan tersebut adalah malas! Sepuluh markah untuk semua yang berjaya menekanya dengan betul.
hahaha.. Sekarang dah stress sket sebab terlalu malas. Iye la. Bila malas, banyak kerja tak dapat disiapkan. Mula lah risau pasal nanti kena discuss kerja-kerja tersebut dengan supervisor. Buat last-last minit? tentulah boleh. Tetapi 3 July nanti (minggu akhir posting) akan ada ujian. Jadi kalau modul-modul dibuat pada saat-saat akhir, bila pula mahu study untuk exam?
Aiyaiyai! Ini serius!
Nampaknya jam sudah menunjukan pukul 12.40pm. Saya perlu bergegas mandi, kemudian ke hospital. Masa semakin suntuk dan dan masih banyak kerja yang perlu dibereskan.
Rasa macam dah lama benar aku tak update blog ni. Padahal baru satu minggu 2 hari kan?
Ada sarang labah-labah? biarkan.. biarkan. Labah-labah tu baik.
Satu minggu ni aku tak berada kat wad neonate dah, tapi kat wad kanak-kanak. Aku sebut-sebut pasal neonate ni, korang tau tak apa maksud dia? hmmm... Mungkin ada orang tak tahu neonate tu ape.
Korang kene search guna pakcik google, la kalau nak tau neonate tu ape. Tapi aku tau korang memang malas cari kan. So.. ni aku tolong korang..
Jadi, neonate tu adalah kanak-kanak yang berumur kurang dari satu bulan. Kat atas tu dia sebut juga human infant.. aih apekebendenya infant tu plak? tau tak? tak tau... ishk ishk ishk.. pakcik goggle, tolong saya...
haa.. tu la maksud dia. Infant bermaksud kanak-kanak yang berumur bawah satu tahun.. ok? anak-anak semua sudah faham? hehehe.
Entry ni sengal ke? wahahaha.. ketahuan anda-anda semua bahawa pemiliknya berada dalam keadaan yang maha sengal tahap dewa langit ke-19.
Moral: kalau tak tahu, rajin-rajin la google, semua maklumat ada di hujung jari anda. ka-ching!
Pagi tadi baru tiba dari Johor. Trip ke Pulau Redang tak berjalan lancar. Noktah. Malas mahu bercerita.
Jadi aku terkandas di besut. Semua adik-beradik berkumpul hujung minggu lepas. Sesuatu yang jarang-jarang berlaku selepas semua orang tercampak ke merata-rata tempat. hmm..
Sekarang berada di JB. Menghadapi hari-hari sengal di wad neonatal. ish ish ish.. Tak baik mengeluh!
Malam ni aku kat rumah berdua dengan roomate aku. Dia baru sampai dari terengganu petang tadi. P ke hospital, Y bersosial dengan kawan-kawannya, Ab & Sh mungkin sudah berada di pangkuan keluarga (mereka berdua pulang bercuti selama 6 minggu), Jh & Pe pula baru berangkat ke Sabah petang tadi untuk posting elektif.
Aku rasa bosan sekarang! Dalam televisyen pun tiada cerita yang menarik. Nak keluar, tak ada teman. Kan best kalau ada arnab yang pandai kasi flying kick kat kucing, terhibur la juga hati aku. Kalau bosan-bosan, boleh panggang dan makan dengan roti perancis. Mesti sedap! :p Sori aku mengarut jap. haha.. bosan
Sejak akhir-akhir ni, dah dua kali aku jumpa kawan-kawan lama. hmm.. ayat 'kawan-kawan lama' mungkin tak tepat. 'Kawan-kawan yang sudah lama tak ketemu' lebih tepat. Bermula dengan sh yang datang untuk interviu disini, dan semalam azi datang untuk ambil kakak dia sebelum pulang ke terengganu. katanya cuti seminggu.
Azi nampak lain semalam. Entah la. Dalam fikiran aku, aku selalu gambarkan Azi tu gempal, tapi semalam nampak cam tak gempal sangat dan pendek sket. hahaha.. jgn marah!Mungkin aku yang semakin tinggi. :p Tapi, aku kagum dengan skill memandu Azi yang nampak cam mantap, ligat kancil putih Azi bergerak di tengah jalan raya JB yang sibuk. hehehhe :D
28/5 nnt, insyaAllah akan pulang ke Besut. Aku ponteng kelas jumaat untuk pulang, jadi aku akan hadir majlis perkahwinan kak dang di pulau redang pada 30/5 dan jumpa kawan kawan sekolah menengah. Hopefully, it will be a blast.
Kepala berdenyut-denyut, ni penangan nasi goreng ikan masin 'Best 17' tadi.. Sangat masin. Rasa macam ratah ikan masin je tadi. huhuhu. Bila dah rasa pening macam ni, mau buat apa-apa pun rasa cam tak best. Terpaksa la update blog yang berhabuk-habuk ni.
dua Tadi, aku jumpa ex-schoolmate. Budak satu kelas sekolah rendah aku. Sejak keluar sekolah rendah, sekali je kot jumpa dia masa reunion lepas abis SPM. Lepas tu memang tak jumpa langsung dah. Lepas 7 tahun, baru lah jumpa balik hari ni.
Dia sekarang mengajar kat Mersing, datang untuk interview besok kat Tasek utara. Katanya untuk pengesahan jawatan. Semoga berjaya la.
tiga Aku tak dapat hadir majlis kawen kawan aku di pulau redang, unless kalau ada orang sudi tumpangkan aku ke Kuala Terengganu. Tiket bas 29/5 sudah habis. Salah aku la cari tiket lewat-lewat sedangkan semua orang nak balik kampung untuk cuti sekolah.
p/s: kepada sesiapa yang akan menghadapi exam. Good Luck! you can do it.. =)
satu Susah juga berurusan apabila respon tidak kedengaran. Ni yang buat rasa tak semangat balik nih. Walaupun alasan tu kekadang menyakitkan telinga, sekurang-kurangnya, bila dapat dengar alasan (walaupun tak munasabah), dapat juga tahu sejauh mana perkembangan projek. Tidak lah tergantung tanpa khabar.
Dua sibuk dan sangat penat. susah juga nak jadi doktor ni kan? ish ish ish... Ni nasib baik tiada exam selepas abis posting. Agaknya, macam mana la medical student yang ada exam setiap kali abih posting dan satu posting tu selama beberapa minggu je? Huhuhu.. mesti lagi pressure!
Tiga InsyaAllah akan berangkat ke luar negara pada cuti nanti. Bulan tujuh. Ke mana? hehehe... akan dikhabarkan kemudian hari. Bila plan sudah mantap.. :)
empat berjalan dari pintu utama ke 'common room'. Ternampak gambar 'batch' yang diambil awal 2007 semasa tahun ketiga. Waktu tu pakai kemeja biru laut dan rambut sangat-sangat pendek berbanding sekarang. sekarang dah masuk tahun akhir, terasa cepat pulak masa berlalu. Terasa nostalgia jap.
Semalam on - call. Aku kat hospital sampai pukul 12 sahaja. Malas nak bermalam dekat hospital dan yang datang pun hanya satu kes suspectedappendicitis. Lepas aku balik, memang tak ada kes langsung.
Masa on - call tu, aku sempat masukkan urinary catheter (kali ni lelaki pulak :D) , ambil beberapa sampel darah (satu untuk microscopy & culture dan belajar aseptic teknik!), dan masukkan IV cannulation. Jadi produktif la jugak. Sekarang dah rasa tak kekok la untuk buat prosedur-prosedur tu.
Betul la cakap tutor, masa on - call adalah masa yang best untuk belajar prosedur, tambah-tambah lagi kalau sorang-sorang, pasal semua prosedur untuk pesakit kat wad tu kita boleh conquer. Tak payah kongsi-kongsi dengan orang lain. Hehehehe
Hari ni aku namakan hari ketulan sedunia. 3 daripada 4 kes yang aku inteviu hari ini, adalah pasal ketulan. Akan update nanti (kalau aku rasa nak..). Sekarang kena bersedia untuk on-call malam ni.
updated: Malas la nak cerita. 3 kes itu ialah - massive goitre sehingga menyebabkan sesak nafas, accessory breast tissue & lipoma. :)
Setelah tiga minggu dalam surgical posting, hari ini kali pertama aku masuk OT. Agak lambat tapi 'better late than never'. Aku dapat lihat tiga pembedahan laparoscopic cholecystectomy, appendicectomy, dan satu lagi aku tak tahu nak namakan apa. Apa yang pakar bedah tu buat ialah membuang sarcoma kat gluteus maximus seorang pesakit. Agak menakutkan pasal berlaku pendarahan yang agak banyak, tapi alhamdulillah semuanya lancar. Terpegun kejap melihat kecekapan pakar bedah - pakar bedah yang terlibat. Bravo to them!
Untuk appendicectomy, aku dapat jadi second assistant. Tugas aku pegang retractor tu je. Sebab ni kali pertama, aku tak berani nak suture ke, potong suture ke atau guna diathermy tu. Lainkali, kalau dapat assist lagi, akan akan cuba buat benda-benda lain plak. Best jugak la pasal tak perlu duduk kat belakang untuk tengok pakar bedah tu potong dan keluarkan appendiks. Boleh tengok depan-depan mata gitu.
Sebelum pembedahan, aku masukkan foley catheter untuk pesakit tu dan ini pun kali pertama aku buat benda ni selepas lima tahun kat sekolah perubatan. Malu nak mengaku tapi tu la hakikatnya. Hahaha.. dan lagi memalukan, aku salah masuk lubang. Almaklum lah pesakit tu wanita, mana la aku arif pasal anatomi mereka-mereka ni. Kali yang lain, insyaAllah aku tak akan salah lagi.
Bermula dari malam jumaat sehingga petang ahad, aku keseorangan di rumah. Rakan-rakan berada di mersing. Ada program untuk kanak-kanak sekolah anjuran NGO. Aku sepatutnya bersama-sama mereka. Tetapi, memandangkan aku on-call pada malam jumaat, aku terpaksa melepaskan peluang untuk 'memberi' semasa program tersebut.
Walaupun tak dapat ikut sama, aku rasa aku tak kerugian. Sekurang-kurangnya berada di rumah membolehkan aku menyelesaikan beberapa hal yang tertunda dan masalah yang menyerabutkan kepala aku.
Today I saw an osler-weber-rendu patient vomiting fresh blood right in front of my own eyes. I panicked a little bit ... but after seeing how the houseman (HO) calmly deal with the situation, I calmed down and started to look at the observation chart. I wanted to know whether this kind of incident had happened before.
Huh! No wonder the HO is so calm. That patient has had hematemesis once or twice everyday since admission.
Nevertheless, it is still scary seeing someone actually vomiting fresh blood in front of you and watching him struggle in pain. Felt like he was going to die in front of me. yikes!
Sekarang, dah lebih seminggu aku kat Johor Bahru n dah 5 hari aku masuk posting surgery. Kesimpulan: memenatkan! disebabkan oleh working hours nya lah. Supervisor aku kasi card kuning yang aku mesti punch setiap kali sampai dan pulang. Jadi susah lah sket nak mengelat. Setiap hari aku datang dalam 7. 30 dan balik dekat- dekat pukul lima la. Coordinator aku cakap, end of rotation nanti, supervisor aku akan fotostet kad kuning tu sebagai bukti attendance aku. huhuhu.
Anyway, aku tak kisah sangat duk lama-lama kat wad. Aku rasa banyak benda sebenarnya yang boleh dapat kat wad, terutamanya pasal management. Sebab kat dalam buku memang ada tulis, tapi kalau baca camtu je agak susah nak ingat. Kalau jumpa patient, dan kemudian tengok plan dalam file patient, baru la dapat lihat doktor punyer flow of thought tu daripada problem untuk dapat diagnosis dan kemudian persediaan sebelum pembedahan. Tapi of course, kadang-kadang nota doktor tu masih boleh ditulis dengan lebih lengkap. :)
This week, aku juga bereksperimen dengan gaya rambut baru. :p Ramai orang tegur la. A cakap rambut aku gaya budak emo, which aku rasa tak. H cakap aku nampak lebih matang. hoho Aku dah matang.. Guard yang jaga school pun tegur, cakap lepas balik dari Australia, nampak hensem lah.. Makcik-makcik kat kedai makan pun tegur jugak. Hahaha.. lawak-lawak. Apa yang aku buat hanya sikat rambut belah tepi & cover my left forehead with hair instead of sikat rambut belah tengah. Lebih kurang cam orang yang belah kanan tu r, tapi muka aku takde la fair cam dia.
"U should follow K* and help her with her work. Next year U will be an intern and U need to know what to do." J*said to me with his brittish accent.
It is refreshing after one week of boring-ness, U re told with a serious expression, vividly, what u need to be doing.
I mean, I tried telling K* before, subtly, that I used to write in patients' file or do admission and discharge before, but she was not really keen to let me handle all that. I guess I have not been assertive enough.
Finally! I am doing something instead of walking and listening. Horray!
Hidup tak selalu indah, kesabaran ketika menerima dugaan dan ketabahan untuk meneruskan perjuangan adalah lebih penting. Berputus asa hanya membawa ke arah kemudaratan.
Kegagalan sepatutnya menjadi pendorong untuk kita menjadi lebih gigih dan bukannya alasan untuk murung dan berputus asa (kesedihan selepas kegagalan sepatutnya sementara). Ketenangan selepasnya amat penting. Rehatkan diri seketika, kemudian teruskan perjuangan dengan usaha yang lebih padu. Hajatkan pada Tuhan, agar kejayaan mengekori kemudian.